Seluruh famili aku menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri di Masjid Al Bukkhary Alor Star...1 Syawal tahun ini agak berbeza dari tahun sebelumnya kerana sambutan tahun ini tanpa arwah tok wan. Selepas sunat Aidilfitri, kami semua menziarahi pusara Tok & Tok wan
Seperti kelaziman arwah tok wan yang akan membaca doa di pusara tetapi tahun ini tugas itu di ambilalih oleh Pakcik. Suasana sedih menyelubungi pusara, ditambah dengan sebakan Pakcik ketika membaca doa. Al Fatihah buat arwah Tok & Tokwan...